ADJUVANT

Inovasi baharu yang mengubah dunia pertanian
50%
Kurangkan Bahan Kimia

Lindungi Tanaman Anda!

Bertani Lebih Bijak. Hasil Lebih Bersih.

50%

Penjimatan kos

TENTANG PRODUK

Penyelesaian mudah untuk kelestarian pertanian

Saver+ merupakan produk inovatif baru dan canggih yang dibangunkan untuk menjadikan aktiviti pertanian lebih cekap dan mampan. Disokong oleh penyelidikan serta ujian lapangan pada baja, racun rumpai, racun perosak dan rawatan benih, ia membantu petani mengurangkan penggunaan bahan kimia, melindungi tanaman dan sekaligus meningkatkan hasil.

Teknologi Pembentukan Filem

Melindungi bahan aktif dari terhakis, memanjangkan tempoh perlindungan dan memaksimumkan kecekapan penerimaan nutrien.

Dicipta untuk menguatkan, menstabilkan dan Pertahan.

Saver+ menggabungkan surfaktan yang diolah bersama kelompok berfungsi untuk meningkatkan prestasi baja dan racun perosak sambil memastikan kawasan tanaman kekal selamat dan seimbang.

Cationic Surfactants

Meningkatkan penyebaran dan lekatan pada permukaan daun serta tanah.

Polymeric Film-Forming Salts

Membentuk lapisan pelindung nipis yang menghalang dari dihakis air dan disejat panas.

Non-Ionic Surfactants

Memastikan campuran yang sekata dan taburan seragam apabila digunakan dengan baja atau bahan perlindungan tanaman.

Water

Memberi kestabilan dan memudahkan proses campuran untuk aplikasi yang konsisten.

Saver+ boleh dianggap organik kerana selamat untuk manusia, haiwan dan serangga pendebunga seperti lebah. Walaupun dihasilkan melalui proses kimia, ia mempunyai sifat biologi yang menjadikannya mesra alam dan tidak beracun. Saver+ tidak meninggalkan sisa berbahaya dan menyokong amalan pertanian mampan tanpa menjejaskan mikroorganisma tanah serta keselamatan tanaman.

Cara-cara menggunakan Saver+

Saver+ digunakan bersama campuran sedia ada yang anda selalu gunakan. Hanya kira sekali, kurangkan kadar input, dan sembur seperti biasa untuk hasil yang sama dengan penggunaan bahan kimia yang lebih rendah.

Langkah 1
Dapatkan dan campurkan jumlah baja atau racun dan air seperti biasa.
Step 2
Dari jumlah tersebut, x0.15% untuk dapatkan jumlah Saver+. Darabkan lagi x1.5 jika keluasan tanah kurang dari 0.3 ekar.
Step 3
Kurangkan jumlah baja atau racun sebanyak 50%.
Step 4
Campurkan air, baja atau racun yang telah dikurangkan dan Saver+, kemudian sembur seperti biasa.

💡Contoh: 200 L air + 3 L input = 203 L jumlah keseluruhan X 0.15% = 305 ml Saver+

HASIL KAJIAN

Terbukti Berkesan di Pelbagai Kawasan dan Tanaman

Saver+ telah diuji di pelbagai iklim, daripada tropika Malaysia hingga ke Eropah dan rantau CIS yang beriklim sederhana. Setiap ujian membuktikan keupayaannya mengurangkan penggunaan input sehingga 50% sambil mengekalkan perlindungan tanaman dan hasil yang optimum.
Sektor

Saver+ Memberi Nilai Tambah kepada Sektor Pertanian

value-1
Petani

Mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam semua input, menurunkan kos keseluruhan dan meningkatkan hasil tanaman.

value-2
Ahli agronomi

Meningkatkan kesihatan tanah dan tanaman, menambah ketahanan terhadap tekanan persekitaran serta meningkatkan kecekapan penggunaan input.

value-3
Organisasi alam sekitar

Membantu mengurangkan aliran bahan kimia, menurunkan jejak karbon dan menyokong perlindungan biodiversiti.

value-4
Badan kawal selia

Memperkukuh pematuhan terhadap peraturan alam sekitar, memajukan amalan mampan dan menyelaras piawaian ESG antarabangsa.

Kesan terhadap ESG

Saver+ Mengukuhkan Kelestarian Pertanian

env-1
Manfaat Alam Sekitar

Saver+ mengurangkan penggunaan bahan kimia dan aliran sisa, membantu melindungi sumber air dan biodiversiti. Dengan meningkatkan kecekapan input, ia menyokong kesuburan tanah dan sistem pertanian yang lebih mampan.

soc-1
Manfaat Sosial

Saver+ menurunkan kos input dan meningkatkan produktiviti, memberi peluang dan kekuatan kepada petani serta komuniti setempat. Penggunaannya turut membuka ruang kepada latihan, ujian dan pengedaran yang mendorong pertumbuhan ekonomi tempatan.

gov-1
Manfaat Tadbir Urus

Saver+ menyokong pematuhan terhadap peraturan alam sekitar dan piawaian ESG antarabangsa. Ia menggalakkan ketelusan serta amalan bertanggungjawab, membantu sektor pertanian kekal berdaya saing dalam dunia yang digerakkan oleh kelestarian.